..........................................................
"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siangterdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal iaitu orang-orang yang mengikut ALLAH baik mereka berdiri,duduk,atau dalam keadaan berbaringdan juga mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : ya tuhan kami , tidaklah Engkau menciptakan sesuatu itu dgn sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari seksa api neraka." surah al-imran ( 190-191 )
apa itu alam semesta??
Alam semesta merupakan satu ruang yang amat luas dan terisi di dalamnya semua jirim dan tenaga yang wujud ... manusia yang menghuni alam ini adalah komponen yang amat kecil dalam alam semesta .. Alam semesta dipenuhi dengan misteri yang sukar dirungkai .. Para saintis sebenarnya telah lama berusaha merungkai kekusutan ini .. pada pandangan sains , alam semesta bermula dari satu ledakan gergasi yang dikenali sebagai BIG BANG .. Ia tejadi lebih kurang 13 - 15 billion tahun yang lalu ..bermula dari saat itu , berlakulah proses pembentukan galaksi,bintang-bintang,black hole,sistem planet, evolusi kima dan biologikal dan hidupan-hidupan .....
Hingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini di dunia ilmu pengetahuan adalah alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan. Namun, penelitian dan kajian yang dilakukan dengan teknologi moden, menunjukkan bahawa alam semesta sesungguhnya mempunyai permulaan, dan ia terus-menerus mengembang dari semasa ke semasa.Pada awal abad ke-20, ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgium , George Lemaitre, secara teorinya menemukan bahawa alam semesta sentiasa bergerak dan mengembang.Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data kajian pada tahun 1929. Ketika mengamati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi Amerika, mendapati bintang-bintang dan galaksi terus bergerak dan terus berjauhan . hal ini membuktikan alam semesta terus-menerus "mengembang". Kenyataan ini pada dasarnya telah diterangkan dalam Al Qur'an. SUBHANALLAH….
No comments:
Post a Comment